Halwa Telinga

Monday, September 22, 2014

SEJARAH PENUBUHAN TABIKA PERPADUAN TAMAN DAMAI, PONTIAN

SEJARAH PENUBUHAN TABIKA PERPADUAN TAMAN DAMAI A



Tabika Perpaduan taman Damai mula ditubuhkan pada tahun 1993 atas daya usaha Tn. Hj. Abdul Muhaimin bin Hj. Mohd. Amin mencari bangunan.  Bangunan tersebut ialah Balai Kebajikan islam serbaguna untuk KRT dan penduduk Taman Damai.
Sebelum Tabika Perpaduan ditubuhkan, bangunan tersebut dijadikan Tadika TASKI.  Setelah TASKI ditutup, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional daerah Pontian mengambil alih dan menjadikan Tabika Perpadeuan.  Pegawai perpaduan pada masa tersebut ialan En. Amin Nudin bin Ahmad.
Diawal pembukaan kelas Tabika Perpaduan Taman Damai mempunyai dua orang guru iaitu Pn. Norkhanizah binti Ismail dan Pn. Sajura binti Samidan.  Di awal tahun 1995, Pn. Norkhanizah telah berpindah ke Selangor dan digantikan oleh Pn. Masila binti Ahtim.
Pada tahun 1996 Tabika Perpaduan Taman Damai telah dibuka kepada 2 sesi, kerana terlalu ramai kanak-kanak yang mendaftar.  Guru kelas sesi petang ialah Pn. Nurul Asyikin binti Abd. Khalid.
Pada tahun 2001, Tabika Perpaduan Taman damai telah mendapat bangunan baru di Jalan Utama.  Dengan itu, sesi persekolahan padan tahun 2001 telah dijalankan di bangunan baru peruntukan dari Jabatan Perpaduan.  Kelas 2 sesi masih diteruskan sehingga tahun 2006.  Sesi Taman Damai A, dikelolakan oleh dua orang guru iaitu Pn. Masila binti Ahtim dan Pn. Noor’aini binti Mohd. Salleh.  Manakala sesi petang dikelolakan oleh Pn. Nurul Asyikin binti Abd. Khalid dan Pn. Sajura binti Samidan.
Pada tahun 2005 penolong guru Tabika Taman Damai A, bertukar dan digantikan oleh Pn. Mariaton binti Abd. Ma’arof.
Tabika Perpaduan Taman Damai beroperasi dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi dari tahun 1993 hingga 2005.  Pada tahun 2006 hingga 2011 waktu kelas bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Tahun 2011 waktu bekerja guru bermula 7.30 hingga 4.30 petang.  Pada tahun 2012 waktu bertugas guru bermula dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang sehingga sekarang.  Waktu pembelajaran murid-murid 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari.
Sejak Tabika Perpaduan Taman Damai ditubuhkan, sambutan penduduk taman untuk mendaftarkan anak mereka sangat menggalakkan terutamanya kaum melayu dan segelintir sahaja dikalangan kaum cina dan India.
Tn. Hj. Abd. Muhaimin bin Mohd. Amin  memegang jawatan sebagai pengerusi JPTP dari tahun 1993 hingga 2007.  Pada tahun 2008 pengerusi JPTP telah dipegang oleh En. Mohd. Fauzi bin Yahmin (setiausaha KRT Taman Damai) dan timbalan disandang oleh En. Norain bin Zuli (pengerusi KRT Taman Damai).
Sejak Tabika ditubuhkan sehingga kini, banyak kejayaan cemerlang yang dicapai oleh murid-murid dalam pelbagai aktiviti.  Antaranya aktivitinya ialah sukaneka, pertandingan nasyid & muqaddam, mewarna, menguji minda, syarahan dan banyak lagi.
Bermula tahun 2006 kelas Fardhu Ain diadakan dua kali seminggu yang diajar oleh Ustazah sambilan.  Pada awal 2013 penolong guru Pn. Mariaton bte Abd. Ma’arof telah bertukar dan digantikan oleh Pn. Aishah binti Mohammed hingga kini.

Keseluruhannya, kecemerlangan dan kejayaan yang dikecapi oleh Tabika perpaduan Taman Damai hingga kini adalah atas kerjasama dan sokongan semua terutama dari pihak ibubapa, ahli jawatankuasa (JPTP), KRT dan penduduk setempat.  

No comments:

Post a Comment